<blablabla>

Entry About Shout Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog and my kingdom. Enjoy with us gaisssss :) !


owner

Contact Me
10:09 | 0 Cloud(s)
UNSUR UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM


PENGHARGAAN

Assalamualaikum WBT,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya akhirnya dapat kami selesaikan tugasan yang telah diberikan kepada kami.
Memandangkan ini tugasan pertama kami, kami telah berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk menyiapkan tugasan ini sebaik yang mungkin.
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Elyn binti Mohd Redzwan kerana telah memberikan tugasan seperti ini kepada kami. Hal ini kerana, dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami mengenai Unsur-unsur Khurafat dalam Filem di negara kita yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi.
Akhir kata daripada kami, semoga Puan dapat menilai hasil kerja kami dengan penuh keikhlasan.
MAKSUD KHURAFAT
KHURAFAT - kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Terdapat banyak unsur-unsur khurafat yang diselitkan di dalam filem-filem seram di Malaysia. Malah ia dianggap satu kemestian dalam sesebuah filem seram kerana dianggap dapat memberi pengajaran sedangkan unsur khurafat yang diselitkan itu selalunya melebih-lebih sehingga boleh berisiko menjadi ikutan penonton yang menontonnya.
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat .
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaranan-ajaran , pantang larang ,adat istiadat , ramalan-ramalan , pemujaan atau kepercyaan yang menyimpang dari ajaran islam
Khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut serta dusta.
PUNCA DAN AKIBAT KHURAFAT

PUNCA KHURAFAT

1. KEJAHILAN
  Penulis skrip terpengaruh untuk menulis skrip yang berunsurkan khurafat akibat daripada kejahilan mempercayai unsur- unsur khurafat. Selalunya penulis akan cenderung untuk menulis skrip yang berunsurkan khurafat seperti adat bercakap kepada roh jika melalui sebuah hutan (“tok, cucu tumpang lalu”).

2.  KEPENTINGAN PERIBADI
  Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa sahaja walaupon sanggup menggadai aqidah dan agamanya, dan terlibat dengan gejala mungkar.
  Contohnya, kepentingan produksi untuk mengutip keuntungan daripada filem-filem seram. Selalunya filem-filem seram lebih mendapat sambutan yang tinggi dalam kalangan penonton yang terdiri daripada masyarakat melayu yang juga berisiko tinggi untuk mempercayai adat-adat khurafat.

4.   PERGAULAN
  Kadangkala ada dikalangan masyarakat muda yang terpengaruh akibat pergaulan dengan rakan-rakan tentang penceritaan yang diselitkan dengan unsur-unsur khurafat seperti bermain nombor ekor, black metal dan sebagainya.

5.   KEADAAN SEKELILING
  Suasana manusia yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi faktor berleluasanya ajaran khurafat. Faktor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar masyarakat tidak mudah mempercayai unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam filem.

6. ADAT KEBIASAAN
  Faktor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama ke arah berterusnya amalan khurafat dalam kebanyakan filem-filem seram dengan slogan “ Biar Mati Anak Jangan Mati Adat “, anggota masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan umpamanya mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.
 Kebiasaannya, produksi filem akan membuat filem berdasarkan kebiasaan masyarakat yang sengaja mengada-adakan adat yang dianggap berkaitan dengan ajaran islam sedangkan ianya dilarang sama sekali dan di murkai Allah. Ia juga diambil kira dalam bentuk perbuatan, percakapan mahupun pemikiran.

7.  KEPERCAYAAN KARUT
  Kepercayaan terhadap perkara yang karut-marut dalam kalangan pihak produksi filem bagi menimbulkan kesan tertentu kepada penonton seperti “perempuan dilarang duduk di atas tangga kerana boleh menyebabkan tiada orang akan masuk meminang”, “apabila memasak di dapur dilarang menyanyi kerana dikhuatiri akan mendapat suami yang tua”.
AKIBAT PERBUATAN KHURAFAT
 Lupa tanggungjawab terhadap keluarga
  Seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub dan melampau dalam beragama. Keluarga tidak terurus dengan sempurna seperti mana yang di amanahkan oleh Allah SWT dan keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri.
2.   Minda terkongkong
  Apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikut ajaran sesat akan menyebabkan minda seseorang terkonkong malah tercetusnya perbuatan dan kelakuan tidak rasional kerana sifat ketaksuban mereka.
  Dikhuatiri penonton yang terlalu banyak pendedahan terhadap unsur-unsur yang khurafat akan mengekang pemikiran mereka daripada bertindak rasional kerana terlalu taksub dengan cerita yang dipertontonkan.
3.   Perpaduan tergugat
  Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tidak menindas sesama sendiri kerana masing-masing ingin menjadi kumpulan yang unggul dan mencari pengaruh.

  Jika penonton selalu didedahkan dengan cerita-cerita tahyul yang melibatkan khurafat ia juga mampu mempengaruhi cara pemikiran masyarakat pada zaman ini yang lemah dalam ilmu agama sekaligus akan mendorong kepada kerosakan perpaduan antara masyarakat.
ISU DAN PERBINCANGAN
ISU 1
Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnya pada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk “Ustaz bukan penghalau hantu: Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul”. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama.
Beliau mengatakan bahawa “pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.”
Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam.”
Namun, pandangan ini disanggah oleh Presiden Pengeluar Filem Filem Malaysia (PFM), Ahmad Puad Onah melalui berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian pada 11 Januari 2011. Beliau dilaporkan berkata “penerbit filem menerbitkankan filem yang memang genre ditetapkan adalah seram dan ia bukan filem mengenai kisah hidup ahli agama. Watak ustaz diwujudkan bagi memberikan moral atau nasihat kepada penonton yang menonton filem berkenaan.”
Jika mahu melihat fenomena ini sebagai suatu perlumbaan, Rahim Aziz dalam artikelnya bertajuk “Filem Sebagai Perniagaan” (Dewan Ekonomi, Januari 2011) mengatakan bahawa jumlah kutipan tiket global mencecah paras USD29.9 bilion (RM92.69 bilion) pada tahun 2009. Beliau menambah, 10 buah filem genre terbaik berdasarkan data tersebut adalah bergenre fantasi dan pengembaraan.
Manakala Siti Hadijah Umor melaporkan dalam Dewan Ekonomi edisi yang sama, filem “Jangan Pandang Belakang Congkak” terbitan Metrowealth International Group (MIG) mencatat kutipan jualan tiket RM6.5 juta. Manakala filem Ngangkung terbitan syarikat yang sama mengutip kutipan tiket sebanyak RM8 juta .
Ada ketikanya, watak bomoh ditonjolkan berkawan rapat dengan hantu dan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan gangguan syaitan. Mempercayai perkara ghaib itu perkara wajib, tetapi mempercayai bomoh mempunyai kuasa untuk berdamping dan menguasai jin adalah membawa kepada khurafat dan sesat.
Agak merisaukan, jika unsur seram dan ganas akan menyebabkan orang ramai lebih takut kepada kepada hantu berbanding Allah terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Kepercayaan yang mendalam kepada unsur sihir, mistik dan khurafat ini akan melemahkan minda masyarakat.
Pada saat guru-guru di sekolah menekankan aspek kepercayaan kepada Allah yang Esa kepada anak-anak ini, golongan penerbit filem dan drama pula sibuk menyogokkan amalan khurafat dan unsur menakutkan terhadap jin dan hantu. Tambahan, usaha ini mengelirukan kanak-kanak antara mempercayai perkara ghaib dengan persepsi mempercayai kehebatan syaitan dan jin. Di manakah keselarian antara pendidik dan masyarakat terhadap usaha menanamkan pendidikan akidah kepada kanak-kanak? Ia bahkan dilihat sebagai suatu usaha yang kontra antara satu sama lain.
Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya, “Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden” berpendapat bahawa khurafat dan tahyul serta amalan yang tidak bersandarkan al-Quran dan sunnah adalah sebahagian daripada jahiliah yang sesat. Beliau menambah khurafat dan tahyul membawa seseorang itu kepada syirik.
Manakala al-Baydawi dalam “Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil” mentakrifkan sihir sebagai sesuatu yang dihasilkan dengan cara mendekati syaitan. Maka, mendekati amalan sihir ini walaupun melalui lakonan ditakuti menyebabkan para penonton mempercayai kuasa bomoh dan mistik secara keterlaluan. Ia mungkin boleh menjejaskan akidah jika tidak ditangani dengan baik. Malah mempercayai bahawa syaitan berkuasa mengetahui perkara ghaib juga dikhuatiri membahayakan akidah. Tidak ada sesiapa pun yang lebih memahami perkara ghaib ini kecuali Allah, sebagaimana maksud firman Allah dalam al-Quran:
“Katakanlah wahai (Muhammad), sesiapa pun, baik di langit mahupun di bumi tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah, bahkan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan (kiamat).”
(Al-Naml 27: 65)
Aizan Hj Ali dan Mohd Yakub@Zulkifli hj Mohd Yusoff dalam artikelnya dalam sebuah jurnal bertajuk “Sejarah Amalan Sihir di Zaman Para Nabi Menurut Sumber Tafsir dan Hadith” merumuskan bahawa kedangkalan ilmu menyebabkan manusia mempercayai perkara-perkara yang mustahil.
Sebagai ulasan kepada pandangan ini, saya berpendapat bahawa ada kemungkinan kejahilan penonton sesuatu filem atau drama akan menyebabkannya mempercayai perkara sihir dan kepercayaan karut yang ditontonnya. Hal ini akan membahayakan akidahnya. Manakala aspek kebertanggungjawaban penulis skrip dan penerbit filem dan drama yang diterbitkan haruslah diletakkan di tempat utama. Aspek komersial tidak harus mengetepikan aspek pegangan akidah. Diakui, filem dan drama boleh menjadi medium yang membawa mesej dan nilai murni jika digarap dengan baik. Maka di sinilah para ilmuan Islam perlu dirujuk oleh para pemain industri filem dan drama. Moga apa yang kabur dapat dijernihkan.
INTIPATI DARI KANDUNGAN DI ATAS
I.  Pengarah dan penulis skrip jika mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu   peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.
Firman Allah berkata :
“Katakanlah wahai (Muhammad), sesiapa pun, baik di langit mahupun di bumi tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah, bahkan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan (kiamat).”
(Al-Naml 27: 65)
II. “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam.”
III. Jika unsur seram dan ganas akan menyebabkan orang ramai lebih takut kepada kepada makhluk halus berbanding Allah terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

ISU 2

Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada fenomena tahyul,keramat,perkara ghaibiyyat,sihir dan cerita-cerita aneh,misteri dan ajaib.Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas media massa.Fitrah naluri manusia yang cenderung kepada perkara baru mendorong ramai penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.Meskipun sebahagian daripada produser meletakkan matlamat utama pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar,namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat.

            HM Tuah Iskandar berpendapat dalam buku beliau “Mengislamisasikan Komunikasi Warta”DBP 1997 “Media massa,sama ada bercetak mahupun elektronik adalah alat penyebaran maklumat yang tidak dapat dinafikan keberkesanan serta pengaruhnya terhadap pemikiran insan.Bagaimanapun,kesan dan pengaruh media pada diri seseorang insan dengan insan yang lain tidak setara kerana keberkesanan pengaruh itu boleh berubah dalam tiga keadaan yang berbeza samada berbentuk positif,neutral dan negatif” .Jelas terbukti bahawa media amat berpengaruh kepada minda dan pemikiran masyarakat.
         
            Oleh yang demikian, tapisan yang rapi dan teliti terhadap sebarang penerbitan bercetak dan audio visual perlu dilaksanakan agar media lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat dan menjadi saluran informasi yang mendidik pemikiran dan jiwa masyarakat dengan nilai-nilai murni.
         
Saya kongsikan sedikit research yang telah dijalankan oleh kami,Unit Penyelidikan dan Maklumat Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILMAM)
Sorotan isu penyiaran berunsurkan tahyul dan perkara-perkara yang disebutkan yang berleluasa seputar era 90-an menemukan kita “Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam” yang diterbitkan oleh JAKIM pada tahun 1996 dalam usaha membenteras kebendungan gejala tahyul dalam media elektronik.Garis Panduan ini disediakan ekoran daripada berleluasanya bahan penerbitan, sama ada penerbitan bercetak, filem ataupun elektronik yang banyak memaparkan kisah-kisah sensasi dan misteri dalam masyarakat.Di antara aspek yang dieksploitasikan ialah mengenai cerita-cerita aneh, legenda, cerita-cerita berunsur magis, perbomohan, kehidupan alam jin dan seumpamanya, yang sebahagian besarnya termasuk dalam perkara khurafat, tahyul dan kebudayaan karut serta bercanggah dengan akidah Islam.
    
    Pada tahun 21 November 2005,JAKIM telah memberi nafas baru terhadap garis panduan ini dengan menerbitkan pula “Garis Panduan – Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah”.Aspek-aspek yang terdapat dalam garis panduan ini adalah meliputi perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, legenda, perbomohan dan azimat, perkaraghaibiyyat dsan persoalan mimpi, sihir dan unsur-unsur magis, serta cerita-cerita aneh, misteri dan ajaib
INTIPATI DARIPADA KANDUNGAN DI ATAS
1)Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya
2) Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
3) Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
4) Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
5)Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
6) Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
7) Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
8) Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dan sebagainya
CARA MENYELESAIKAN MASALAH
Menggiatkan usaha dakwah atau majlis-majlis ilmu untuk semua lapisan masyarakat.
Mengenakan hukuman berat kepada yang mengamalkan atau mempengaruhi orang ramai.
Mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat.
Memberi kesedaran kepada individu atau masyarakat tentang keburukan amaln khurafat.
Menggunakan media massa dengan cara yang betul dakam memperbentukkan akidah murni.
Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam daripada kalangan masyarakat yang menonton filem
Mewujudkan Unit Kaunseling dan Pusat pembentukan Akidah terutamanya dakam kalangan remaja Islam.
Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.
Mewujudkan organisasi untuk menapis filem filem produksi yang terdiri daripada para ulama’ atau yang arif tentang perihal agama.
Menyebarkan risalah-risalah yang menerangkan keburukan khurafat.
KESIMPULAN
Berdasarkan e-folio yang kami telah laksanakan ini, kami dapati banyak faedah dan perkara baik yang kami peroleh antaranya, kami dapat mengetahui maksud punca dan akibat perbuatan khurafat dalam filem di Malaysia. Selain itu, kami sentiasa berusaha dan berkerjasama dalam menyiapkan tugasan ini untuk mendapatkan hasil yang puas hati. Kami juga dapat pelajari cara berkerjasama dalam kumpulan dengan lebih baik tanpa ada rasa kurang senang atau bergaduh antara satu sama lain. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberikan kami tugasan ini kerana kami dapat mempelajari cara susahnya seorang pelajar IPTA menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang singkat dengan hasil yang baik dan sempurna. Selain itu, dengan projek ini juga kami dapat merapatkan hubungan antara sahabat, dan dapat belajar cara berkerja dengan cara yang professional.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada puan serta rakan rakan yang lain kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang.